Monday, October 25, 2010

Angin sampaikan salamku....


Angin sampaikan salam sayangku padanya….

Malam ini aku memikirkanmu lagi,
Nafasku menjadi sesak,
Jantungku berdegup kencang,
Nadiku berlagu sepi,
Jiwaku kosong,
Mataku kabur krn air mata yg mengalir sayu...

Ingin sekali rasanya aku menjerit di puncak gunung,
Malaungkan betapa dalamnya rinduku padamu,
Melaungkan begitu gilanya cintaku padamu,
Agar kamu tahu bagaimana terseksanya,
Memendamkan perasaan ini...

Wahai angin... Bantulah aku,
Sampaikanlah salam rinduku padanya,
Yang tak dapat aku gambarkan..
Agar dia tahu aku merinduinya disini..
Wahai sang burung.. Tolonglah aku,
Berkicaulah dengan merdu,
Supaya dia mengerti bait-bait cinta,
Yang sudah tersusun indah untuknya..
Wahai hujan, Aku berharap,
Turunlah dengan gerimis,
Agar dia tahu betapa sunyinya aku disini,
Tanpanya...
Wahai pelangi, mintaku,
Bersinarlah setelah hujan lebat berlalu,
Supaya dia tahu sesungguhnya aku disini,
Merindunya...

Ya Allah,
Aku memohon, aku merayu, aku bersujud padamu,
Agar aku akan menjaii sesuatu yang halal baginya
Agar aku melewati waktu-waktu yg tersisa kini dengannya,
Ya Allah,
Sekiranya dia bukan tercipta untukku,
Jauhkanlah aku dengannya,
Agar aku tidak terus membuang waktu yg amat suntuk ini
Untuk terus berharap...

Ya Allah
Sekiranya waktuku telah habis
Aku mohon padaMu,
Tolonglah simpan rahsia ini sebaik-baiknya,
Kerana hanya ENGKAU sahaja yg tahu,
Rahsia yang paling indah seumur hidupku...

Duhai pujaan hatiku sayang,
Mungkin kamu tidak pernah tahu sajak ini kucoretkan khas buatmu,
Cuma satu yang aku mahu engkau mengerti,
Kamu terlalu sempurna untukku,
Maafkan andai aku tidak sempurna,
Tetapi mengertilah engkau lelaki kesayanganku,
Sesunggunhnya rasa cinta ini aku sendiri tidak mungkin mencegahnya..

No comments:

Post a Comment